Keutamaan Sahur

Keutamaan sahur, sunat mengakhirkan makan sahur dan menyegerakan berbuka

naruto sahur

Sahur, semua umat islam pasti sangat tidak asing dengan kata yangsatu ini, apa lagi untuk saat ini di Bulan yang suci bulan Ramadhan. Sahur yang sering kita kenal dengan Makan Sebelum menjelang Subuh ketika kita akan berpuasa. 

Sahur diambil dari kata as-Saharu yang bererti bahagian akhir malam yang hampir dengan waktu Subuh atau terbitnya fajar. Makna asal Sahur ialah sibuk atau kesibukan dengan sesuatu perkara yang menghampirinya. Perkataan SAHUR digunakan kerana pada waktu ini kita disibukkan dengan mengambil makanan dan makan tatkala waktu subuh semakin menghampiri. 

Hukum Sahur

Hukum Sahur sendiri adalah Sunat. Imam Nawawi (631H-676H) menyatakan bahawa jumhur ulama' telah bersepakat mengatakan bahawa sahur adalah istihbab (amat digalakkan/dituntut). Perlu kita ingat kembali bahawa ibadah sunat adalah ibadah tambahan untuk mengisi kekosongan yang ada pada ibadah fardhu kita. Ibadah wajib yang kita lakukan sudah tentu tidak sempurna seperti Baginda dan para sahabat. Oleh itu, ibadah sunatlah yang akan menampung dan menyempurnakan ibadah wajib kita semua. Menghidupkan Sahur bererti kita telah menghidupkan amalan sunat yang akan diberikan ganjaran oleh Nya, insyaAllah.

"Dalam Shahih Muslim, Hadis riwayat Anas ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Makan sahurlah kalian, karena pada makan sahur itu terdapat keberkahan. (Shahih Muslim No.1835)"

Waktu Sahur

Waktu sahur sendiri yang paling utama adalah menjelan waktu subuh seperti dikutip dari hadist Nabi SAW, "Dari Hadis riwayat Zaid bin Tsabit ra., ia berkata: Kami pernah makan sahur bersama Rasulullah saw. Kemudian kami melaksanakan salat. Kemudian saya bertanya: Berapa lamakah waktu antara keduanya (antara makan sahur dengan salat)? Rasulullah saw. menjawab: Selama bacaan lima puluh ayat. (Shahih Muslim No.1837)


Dalam Fath al-Mun'im, Ibnu Hajar Al-Ashqalani (773H-852H) menganggar bahawa ia (kadar bacaan 50 ayat) di antara 4 minit atau selama mengambil wuduk. Dalam satu riwayat lain, tatkala Ibnu Mas'ud bersegera berbuka puasa dan melambatkan sahur, Aisyah r.ha. berkata:

"Begitulah yang Rasulullah s.a.w lakukan (segera berbuka puasa dan melambatkan sahur)(riwayat an-Nasa'i, no.2158)"


Makanan Untuk Sahur

Tidak ada makanan yang khusus sewaktu sahur. Ia bergantung kepada keadaan dan kesesuaian kita semua. Namun perlu diingat bahawa ketika bersahur, adalah penting untuk menjaga pemakanan dan tidak makan dengan melampaui batas dan berlebih-lebihan, sama seperti yang dituntut ketika berbuka puasa. Biarlah sederhana dan mencukupi sahaja. Apa sahaja makanan yang dimakan (halal) ketika bersahur akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t hatta hanya dengan segelas air. Dari Abu Said al-Khudri r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda :

"Makan sahur itu ada keberkatan, maka jangan kamu tinggalkannya walaupun salah seorang dalam kalangan kamu hanya minum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat (rahmat Allah dan pengampunan) atas mereka yang bersahur" (riwayat Ahmad, no.11086)

Makanan yang terbaikdan dianjurkan ketika sahur ialah Kurma. Sama seperti berbuka, memakan kurma dapat memberikan tenaga yang mencukupi dalam badan, insyaAllah. Kurma juga adalah makanan yang diberkati dan dipuji Rasulullah s.a.w. baginda pernah bersabda :

"Sebaik-baik makanan sahur bagi seorang Mukmin itu ialah buah Kurma"
(riwayat Abu Daud, no.2347)

Semoga kita sama-sama berusaha untuk menghidupkan amalan Sahur. Sungguh dalam sahur itu ada keberkatan untuk kita semua. Selamat BerSAHUR dan selamat berpuasa.


0 komentar:

Posting Komentar